UniMAP Health Centre UniMAP Health Centre
 
  • Home
  • About Us
    • Background
    • Vision and Mission
    • Client Charter
    • Objectives
    • Organisation Chart
    • Staff Directory
    • Operation Hours
    • SDG
    • Policy
    • 2024 Achievement
  • Departments
    • Medical Department
    • Dental Department
    • Pharmacy Department
    • X-Ray Unit
    • Laboratory Unit
    • Physiotherapy Unit
    • Public Health Unit
    • Administration Office
  • Download
    • Forms
  • News and Event
    • Archieve
  • Gallery
    • Photos
    • Videos
  • Quick Links
    • Sitemap
    • Support Link
    • FAQ
    • Contact Us
    • Faculty
      • Faculty of Electrical Engineering & Technology
      • Faculty of Electric Engineering & Technology
      • Faculty of Mechanical Engineering & Technology
      • Faculty of Chemical Engineering & Technology
      • Faculty of Civil Engineering & Technology
      • Faculty of Business & Communication
      • Faculty of Intelligent Computing
    • Other Departments
      • Department of Student Affairs & Alumni
      • Counselling Centre
      • Student Housing Centre
      • Centre for Sports & Recreation
      • Centre for Alumni Relations
      • Cultural Centre
      • Centre for Graduate Employability & Entrepreneurship
      • Digital Management and Development Centre
      • Islamic Centre
  • Search

PROGRAM HARI TERBUKA PKU UniMAP 2025

Details
ksihatan logo
News and Event
24 November 2025
Hits: 16

Program Hari Terbuka PKU 2025 yang telah berlangsung pada 23 November 2025 (Ahad) di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah berjaya menarik kehadiran lebih kurang 200 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar, staf dan pelawat. 

Terima kasih diucapkan kepada rakan kolaborasi yang bersama-sama menjayakan program ini:

  • Hospital Pakar KPJ Perlis
  • Bahagian Perkhidmatan Farmasi, JKN Perlis
  • Klinik Pergigian Kampung Gial
  • Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF)
  • Kelab Rakan Sihat PKU UniMAP

 

Sepanjang program ini, para pengunjung telah berpeluang menjalankan aktiviti berikut:

  • Pemeriksaan kesihatan asas
  • Ujian gula & kolesterol
  • Pemeriksaan gigi
  • Pemeriksaan telinga
  • Pameran farmasi & pergigian
  • Ujian analisa komposisi badan
  • Pakej ujian darah berbayar
  • Kempen derma darah oleh HTF

 

Melalui kempen derma darah ini, sebanyak 29 beg darah berjaya dikumpulkan. Terima kasih kepada semua penderma yang sudi menyumbang! 

 

PKU turut mengadakan taklimat berkaitan perkhidmatan kesihatan PKU kepada wakil pelajar antarabangsa UniMAP, sebagai usaha memperkenalkan perkhidmatan kesihatan PKU kepada komuniti pelajar ini. 

 

PKU UniMAP merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pengunjung, rakan kerjasama, sukarelawan pelajar, serta staf yang terlibat. Semoga program seperti ini terus memupuk kesedaran kesihatan dalam komuniti kampus dan masyarakat. 

Facebook: HARI TERBUKA PKU 2025

Program Kampung Angkat Madani UniMAP Bersama Penduduk Kampung Sena

Details
ksihatan logo
News and Event
10 November 2025
Hits: 13

Tarikh: 9 November 2025 (Ahad)

Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari

Tempat: Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

 

Program Kampung Angkat Madani UniMAP yang berlangsung pada 9 November 2025 telah melibatkan penyertaan lebih 80 orang penduduk Kampung Sena.

Program ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Institut Kajian Strategik & Komuniti (IKSK) selaku sekretariat utama. Pengisian program kali ini diterajui oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Pusat Kaunseling UniMAP (PUSKA) dan Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Sena. Pengisian pada kali ini telah turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Program siri ke-2 bersama Pusat Kesihatan Universiti dan Pusat Kaunseling ini menekankan aspek kesihatan dan kesejahteraan komuniti melalui pelbagai pengisian menarik seperti:

  • Ceramah Kesihatan Awam oleh Dr. Ikram Zaki bin Nadzir, Ketua Unit Penyakit Berjangkit dari Pejabat Kesihatan Daerah Kangar
  • Ceramah Kesihatan Pergigian oleh Dr. Nur Alia Afifah binti Mahadi, Pegawai Pergigian dari Klinik Pergigian Pauh
  • Pemeriksaan Kesihatan & Pemeriksaan Gigi oleh PKU
  • Pameran Kesihatan Awam Cakna Aedes dan Denggi oleh PKU
  • Pameran Pergigian oleh Klinik Pergigian Pauh
  • Booth Aktiviti Kesihatan Mental oleh PUSKA UniMAP

Selain itu, turut memeriahkan suasana ialah acara sukaneka serta peluang meneroka pengalaman menaiki ambulans untuk kanak-kanak serta cabutan bertuah.

Program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara UniMAP dan komuniti setempat, malah menjadi platform untuk menyemai kesedaran kesihatan serta memupuk semangat Madani dalam kalangan masyarakat.

UniMAP terus komited dalam memperkasa komuniti melalui pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan bersama.

 

Facebook: Kampung Angkat Madani Siri 2

3 NOVEMBER 2025 | PROGRAM KESEDARAN HIV & AIDS UNIMAP 2025

Details
ksihatan logo
News and Event
04 November 2025
Hits: 12

Pusat Kesihatan Universiti dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah mengadakan Program Kesedaran HIV & AIDS bertempat di Bilik Sumber FKTE Kampus Pauh Putra bertemakan ‘HIV Bukan Aib, Tapi Realiti, Nikmat Sesaat Sengsara Selamanya”

Antara aktiviti yang telah dijalankan:

  • Ceramah kesedaran penyakit HIV & AIDS
  • Aktiviti Program PROSTAR 2.0
  • Video TIKTOK PROSTAR
  • Saringan HIV Tanpa Nama
  • Booth Pameran HIV & AIDS

Terima kasih diucapkan kepada Unit HIV @Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan para peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Facebook: PROGRAM KESEDARAN HIV & AIDS UNIMAP 2025

Saringan Kesihatan dan Ujian Kecergasan Kali Kedua Program IFitEr 2.0

Details
ksihatan logo
News and Event
31 October 2025
Hits: 13

Pada 30 Oktober 2025 yang lalu, telah berlangsung saringan kesihatan dan ujian kecergasan kali kedua bagi peserta Program IFitEr 2.0 (I Fit and Eat Right), bertempat di Ruang Legar PF2, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Program ini disertai oleh pelajar UniMAP dan bertujuan membantu peserta mencapai berat badan ideal melalui pendekatan senaman berstruktur dan amalan pemakanan sihat sepanjang tempoh enam bulan pelaksanaan.

Saringan kesihatan telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis dan Pusat Kesihatan Universiti UniMAP, bagi memantau tahap kesihatan serta kemajuan peserta sepanjang program.

Program IFitEr menjadi platform holistik yang menggabungkan bimbingan jurulatih profesional, sesi senaman berkumpulan, dan latihan kendiri bagi membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti kampus.

Facebook: Program IFitEr 2.0

Program Santuni MADANI

Details
ksihatan logo
News and Event
17 June 2025
Hits: 526

17 Jun 2025 | Program Santuni MADANI

Pada 17 Jun yang lalu. PKU telah mengadakan saringan kesihatan dan konsultasi kepada penduduk setempat melalui Program Santuni MADANI yang dijalankan di Kampung Telaga Nyiur Manis, Perlis.

Program anjuran Institut Kajian Strategik & Komuniti (IKSK) ini turut disertai oleh Pusat Sukan & Rekreasi, Pusat Kaunseling, dan Pusat TVET UniMAP.

Aktiviti kesihatan yang dijalankan oleh PKU adalah:

✅ Pemeriksaan BMI, tekanan darah, dan ujian gula dan kolesterol dalam darah

✅ Konsultasi kesihatan oleh Pegawai Perubatan PKU

✅ Kaunseling ubatan oleh Pegawai Farmasi dan Pen. Peg. Farmasi PKU

✅ Konsultasi oleh Jurupulih Perubatan PKU

Facebook: PROGRAM SANTUNI MADANI

More Articles …

  1. One Hour Malaysia Clean-Up COMBI @ UniMAP
  2. Program Kesihatan Pergigian Toddler PKU
  3. Program Kesihatan Pergigian Toddler Unit Pergigian Pusat Kesihatan UniMAP(PKU) kolaborasi bersama Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Perlis(JKN).
  4. Majlis Apresiasi Peserta Program IFitEr 2024
Page 1 of 7
  • Start
  • Prev
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • Next
  • End

Joomla Template by ThemeXpert