UniMAP Health Centre UniMAP Health Centre
 
  • Home
  • About Us
    • Background
    • Vision and Mission
    • Client Charter
    • Objectives
    • Organisation Chart
    • Staff Directory
    • Operation Hours
    • SDG
    • Policy
    • 2024 Achievement
  • Departments
    • Medical Department
    • Dental Department
    • Pharmacy Department
    • X-Ray Unit
    • Laboratory Unit
    • Physiotherapy Unit
    • Public Health Unit
    • Administration Office
  • Download
    • Forms
  • News and Event
    • Archieve
  • Gallery
    • Photos
    • Videos
  • Quick Links
    • Sitemap
    • Support Link
    • FAQ
    • Contact Us
    • Faculty
      • Faculty of Electrical Engineering & Technology
      • Faculty of Electric Engineering & Technology
      • Faculty of Mechanical Engineering & Technology
      • Faculty of Chemical Engineering & Technology
      • Faculty of Civil Engineering & Technology
      • Faculty of Business & Communication
    • Other Departments
      • Department of Student Affairs & Alumni
      • Counselling Centre
      • Student Housing Centre
      • Centre for Sports & Recreation
      • Centre for Alumni Relations
      • Cultural Centre
      • Centre for Graduate Employability & Entrepreneurship
      • Digital Management and Development Centre
      • Islamic Centre
  • Search

Program USR PKU 2024 - "Merdekakan Diri: Kekal Sihat dan Aktif"

Details
ksihatan logo
News and Event
26 August 2024
Hits: 163

Pada hari Sabtu, 24 Ogos 2024 yang lalu, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Perlis dan Komuniti Madani Indera Kayangan Selatan telah mengadakan program tanggungjawab sosial universiti (USR) dengan tema "Merdekakan Diri: Kekal Sihat dan Aktif".

Program yang bertempat di Petronas Behor Gandil ini telah dijalankan dari jam 8.00 hingga 11.00 pagi. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mazli Hamdan, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis.Antara pengisian program yang dikendalikan oleh PKU adalah:

1. Aktiviti senamrobik
2. Pemeriksaan kesihatan dan pergigian
3. Konsultasi dan rawatan ringkas fisioterapi
4. Konsultasi ubat-ubatan
5. Demonstrasi pertolongan cemas dan cucian tangan
6. Jelajah Cegah Aedes

Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan pada program tersebut termasuklah jualan Madani FAMA, pertandingan basikal berhias merdeka, pertandingan mewarna, dan cabutan bertuah.

Facebook: USR PKU 2024

Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) - Merdekakan Diri: Kekal Sihat dan Aktif".

Details
ksihatan logo
News and Event
22 August 2024
Hits: 320

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Perlis dan Komuniti Madani Indera Kayangan Selatan akan mengadakan program tanggungjawab sosial universiti (USR) dengan tema "Merdekakan Diri: Kekal Sihat dan Aktif".

Program ini akan diadakan pada hari Sabtu, 24 Ogos 2024, bertempat di Petronas Behor Gandil, dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Pelbagai aktiviti kesihatan percuma akan diadakan di program tersebut.

Jom sama-sama sertai kami!

 

Facebook: USR - Merdekakan Diri: Kekal Sihat dan Aktif

5 Ogos 2024 | Majlis Pra Penyerahan Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

Details
ksihatan logo
News and Event
05 August 2024
Hits: 199

Majlis Pra Penyerahan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah diadakan pada hari Isnin, 5 Ogos 2024. Simbolik pra penyerahan melibatkan serahan daripada syarikat kontraktor, Syarikat Takdir Permai (M) Sdn. Bhd., Haji Zainuddin Mahmud kepada Jurutera Awam Kanan JKR, Puan Noorafniza Hanim Che Jamin mewakili Pengarah JKR Perlis, dan diikuti serahan oleh wakil JKR kepada Naib Canselor UniMAP, Prof. Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli yang mewakili UniMAP.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Naib Canselor UniMAP, pegawai-pegawai utama universiti, Pemangku Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Shareez Sani Abdullah Sani, dan ketua-ketua unit PKU.

Instagram: Majlis Pra Penyerahan Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

20 JULAI 2024 | PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PASUKAN TUNGGU SEDIA PERUBATAN PKU SEMPENA PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIPLOMA SESI 2024/2025

Details
ksihatan logo
News and Event
20 July 2024
Hits: 162

PKU telah sama-sama terlibat dalam sesi pendaftaran pelajar baru pelajar diploma UniMAP sesi 2024/2025 dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada waris yang hadir serta terlibat sebagai pasukan tunggu sedia perubatan.

Pemeriksaan ini diadakan di Pusat GIG Ekonomi UniMAP di Ruang Kafeteria Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah.

Seramai 6 orang staf PKU telah terlibat bagi menjalankan tugas ini.

Facebook: MSK Diploma 2024/2025

19 JULAI 2024 | SARINGAN KESIHATAN KEDUA PROGRAM IFitEr UniMAP 2024

Details
ksihatan logo
News and Event
19 July 2024
Hits: 168

Saringan kesihatan kedua bagi program IFitEr UniMAP 2024 telah diadakan di Ruang Makan, Tingkat 2, Bangunan Canselori pada hari Jumaat yang lalu.

Aktiviti lain yang turut diadakan adalah ujian kecergasan peserta, dan ceramah kesihatan bertajuk "Cergaskan Diri, Kekalkan Penurunan Berat badan yang Sihat dan Selamat" oleh Dr Azura binti Kamaruddin, Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Rekreasi, UiTM Perlis.

Facebook: IFitEr Saringan Kedua

More Articles …

  1. 13 Julai 2024 | Program Semarak Siswa Madani di Masjid Al-Ihsan, Kampung Darat, Beseri
  2. 30 JUN 2024 | Program "One Hour Malaysia Clean-up" COMBI @ UniMAP 2024
  3. 9 JUN 2024 | HARI KESIHATAN UniMAP 2024 KERJASAMA KELAB RAKAN SIHAT PKU DAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
  4. SAMBUTAN HARI KESIHATAN UniMAP 2024
Page 3 of 6
  • Start
  • Prev
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • Next
  • End

Joomla Template by ThemeXpert