UniMAP Health Centre UniMAP Health Centre
 
  • Home
  • About Us
    • Background
    • Vision and Mission
    • Client Charter
    • Objectives
    • Organisation Chart
    • Staff Directory
    • Operation Hours
    • SDG
    • Policy
    • 2024 Achievement
  • Departments
    • Medical Department
    • Dental Department
    • Pharmacy Department
    • X-Ray Unit
    • Laboratory Unit
    • Physiotherapy Unit
    • Public Health Unit
    • Administration Office
  • Download
    • Forms
  • News and Event
    • Archieve
  • Gallery
    • Photos
    • Videos
  • Quick Links
    • Sitemap
    • Support Link
    • FAQ
    • Contact Us
    • Faculty
      • Faculty of Electrical Engineering & Technology
      • Faculty of Electric Engineering & Technology
      • Faculty of Mechanical Engineering & Technology
      • Faculty of Chemical Engineering & Technology
      • Faculty of Civil Engineering & Technology
      • Faculty of Business & Communication
    • Other Departments
      • Department of Student Affairs & Alumni
      • Counselling Centre
      • Student Housing Centre
      • Centre for Sports & Recreation
      • Centre for Alumni Relations
      • Cultural Centre
      • Centre for Graduate Employability & Entrepreneurship
      • Digital Management and Development Centre
      • Islamic Centre
  • Search

16 MEI 2024 | LAWATAN KERJA PENGARAH KANAN KESIHATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN JKN PERLIS KE UNIT PERGIGIAN PUSAT KESIHATAN UniMAP

Details
ksihatan logo
News and Event
16 May 2024
Hits: 242

PKU telah menerima kunjungan daripada YBrs Dr Noormi binti Othman, Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang hadir bagi lawatan kerja. Kunjungan ini turut disertai oleh Dr Zaihan binti Othman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian), JKN Perlis serta wakil-wakil dari JKN.

Facebook: KUNJUNGAN PENGARAH KANAN KESIHATAN PERGIGIAN KKM

13 - 14 MEI 2024 | MESYUARAT MAJLIS KESIHATAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA (MAKESUM) BIL. 2/2024 DAN KUNJUNGAN HORMAT MAKESUM KE JABATAN PENDIDIKAN TINGGI (JPT), KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)

Details
ksihatan logo
News and Event
15 May 2024
Hits: 165

Sorotan gambar sekitar mesyuarat MAKESUM Bil. 2/2024 dan kunjungan hormat MAKESUM ke JPT, KPT yang telah dihadiri oleh Pemangku Pengarah PKU, Dr Shareez Sani bin Abdullah Sani.

MAKESUM merupakan sebuah majlis yang menggabungkan 20 buah Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Awam Malaysia. MAKESUM telah dilancarkan pada 14 April 2019 dengan tujuan memberi perkhidmatan kesihatan yang komprehensif bagi memastikan pelajar dan warga kampus Universiti Awam (UA) sihat dan lestari melalui pemerkasaan diri.

MAKESUM juga bertanggungjawab untuk mengadakan program promosi dan pencegahan penyakit bagi mengurangkan risiko penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Majlis ini juga bertindak sebagai rakan strategik bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi kesihatan lain bagi menangani masalah kesihatan negara di peringkat UA melalui penyaluran maklumat dan kerjasama program kesihatan.

Mesyuarat MAKESUM telah dipengerusikan oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Al-Khalid bin Hj Othman, Pengerusi MAKESUM yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Sarawak. Salah satu agenda semasa kunjungan hormat MAKESUM ke JPT, KPT adalah pembentangan struktur tadbir urus dan pelan tindakan MAKESUM 2003-2005.

Facebook: Mesyuarat MAKESUM BIL. 2/2024

11 - 12 MEI 2024 | SEMINAR PENGURUSAN KES DENGGI ZON UTARA 2024

Details
ksihatan logo
News and Event
13 May 2024
Hits: 198
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Universiti Malaysia Perlis dan Pertubuhan Pendidikan Perubatan Lepasan Ijazah Negeri Perlis telah berkolaborasi untuk mengadakan Seminar Pengurusan Kes Denggi Zon Utara pada 11 dan 12 Mei yang lalu.
 
Seminar yang berlangsung di Dewan Kuliah UniMAP ini telah dikendalikan oleh Dengue Champion Team daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL). Antara barisan penceramah termasuk Datuk Dr Mahathar Abdul Wahab (Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Perubatan Kecemasan dan Trauma HKL), Dr Hidayah Syafie (Pakar Perunding Perubatan Kecemasan dan Trauma HKL), Dr Muhd Khairi Othman (Pakar Perunding Pediatrik, Jabatan Pediatrik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar), Pakar-pakar Perubatan Kecemasan, Pegawai Perubatan serta Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL.
 
Seminar ini telah disertai oleh seramai 362 orang peserta daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang. Majlis perasmian dan penutup telah disempurnakan oleh Dr Hamizar Iqbal Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit JKN Perlis, mewakili Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.
 
Facebook: Seminar Pengurusan Kes Denggi Zon Utara 2024

10 MEI 2024 | PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN TODDLER PUSAT KESIHATAN UNIMAP BERSAMA BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN, JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS

Details
ksihatan logo
News and Event
10 May 2024
Hits: 140

Unit Pergigian PKU dan Bahagian Kesihatan Pergigian JKN Perlis telah mengadakan Program Kesihatan Pergigian Toddler bersama seramai 20 orang kanak-kanak di Taska Dunia Si Cilik UniMAP.

Program ini dikendalikan oleh Dr Shahida Najla binti Aziz (Pegawai Pergigian PKU) dan Puan Noor Khalbiah binti Ismail (Pembantu Perawatan Kesihatan PKU) bersama-sama Pegawai Pergigian daripada Bahagian Kesihatan Pergigian JKN, serta Pegawai Pergigian, Jururawat Pergigian dan Pembantu Perawatan Kesihatan daripada Klinik Pergigian Kuala Sanglang.

Pengisian program ini adalah ceramah kesihatan pergigian kanak-kanak serta pemeriksaan pergigian dan sapuan florida oleh Dr Shahida Najla, dan latihan memberus gigi kanak-kanak oleh Jururawat Pergigian.

Facebook: Program Kesihatan Pergigian Toddler

 

25 APRIL 2024 | SESI SENAMAN DAN LATIHAN MINGGUAN PROGRAM IFitEr 2024

Details
ksihatan logo
News and Event
25 April 2024
Hits: 136
Sorotan gambar sesi senaman dan latihan mingguan minggu pertama bagi peserta program IFitEr bersama En Rasid, jurulatih daripada Pusat Sukan & Rekreasi UniMAP.
 
Program IFitER merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu masyarakat yang menghadapi masalah berat badan berlebihan dan obesiti. Di peringkat UniMAP, program ini dianjurkan oleh PKU dengan kerjasama JKN Perlis dan Pusat Sukan & Rekreasi UniMAP. Program yang dianjurkan di UniMAP buat julung kali pada tahun ini kini disertai oleh seramai 40 orang peserta.
 
Komitmen semua peserta pada latihan amat minggu ini amat memberangsangkan. Diharapkan semua peserta akan dapat mengekalkan motivasi dan komitmen mereka sehingga ke akhir program ini bagi mencapai target penurunan berat badan mereka.
 
Instagram: iFitEr Minggu 1

More Articles …

  1. 25 APRIL 2024 | PROGRAM CERAMAH KESIHATAN, SAKIT BELAKANG: GEJALA, PUNCA DAN RAWATANNYA
  2. 18 April 2024 | Pelancaran Program I Fit and Eat Right (IFitEr) 2024
  3. JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM CERAMAH KESIHATAN SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA BERTAJUK "SAKIT BELAKANG: GEJALA, PUNCA DAN RAWATANNYA" ANJURAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU)
  4. 3 April 2024 | Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Toddler untuk Tahun 2024
Page 5 of 6
  • Start
  • Prev
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • Next
  • End

Joomla Template by ThemeXpert