Pusat Kesihatan Universiti dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah mengadakan Program Kesedaran HIV & AIDS bertempat di Bilik Sumber FKTE Kampus Pauh Putra bertemakan ‘HIV Bukan Aib, Tapi Realiti, Nikmat Sesaat Sengsara Selamanya”
Antara aktiviti yang telah dijalankan:
- Ceramah kesedaran penyakit HIV & AIDS
- Aktiviti Program PROSTAR 2.0
- Video TIKTOK PROSTAR
- Saringan HIV Tanpa Nama
- Booth Pameran HIV & AIDS
Terima kasih diucapkan kepada Unit HIV @Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan para peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Facebook: PROGRAM KESEDARAN HIV & AIDS UNIMAP 2025