Tarikh: 9 November 2025 (Ahad)

Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari

Tempat: Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

 

Program Kampung Angkat Madani UniMAP yang berlangsung pada 9 November 2025 telah melibatkan penyertaan lebih 80 orang penduduk Kampung Sena.

Program ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Institut Kajian Strategik & Komuniti (IKSK) selaku sekretariat utama. Pengisian program kali ini diterajui oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Pusat Kaunseling UniMAP (PUSKA) dan Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Sena. Pengisian pada kali ini telah turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Program siri ke-2 bersama Pusat Kesihatan Universiti dan Pusat Kaunseling ini menekankan aspek kesihatan dan kesejahteraan komuniti melalui pelbagai pengisian menarik seperti:

  • Ceramah Kesihatan Awam oleh Dr. Ikram Zaki bin Nadzir, Ketua Unit Penyakit Berjangkit dari Pejabat Kesihatan Daerah Kangar
  • Ceramah Kesihatan Pergigian oleh Dr. Nur Alia Afifah binti Mahadi, Pegawai Pergigian dari Klinik Pergigian Pauh
  • Pemeriksaan Kesihatan & Pemeriksaan Gigi oleh PKU
  • Pameran Kesihatan Awam Cakna Aedes dan Denggi oleh PKU
  • Pameran Pergigian oleh Klinik Pergigian Pauh
  • Booth Aktiviti Kesihatan Mental oleh PUSKA UniMAP

Selain itu, turut memeriahkan suasana ialah acara sukaneka serta peluang meneroka pengalaman menaiki ambulans untuk kanak-kanak serta cabutan bertuah.

Program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara UniMAP dan komuniti setempat, malah menjadi platform untuk menyemai kesedaran kesihatan serta memupuk semangat Madani dalam kalangan masyarakat.

UniMAP terus komited dalam memperkasa komuniti melalui pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan bersama.

 

Facebook: Kampung Angkat Madani Siri 2