Unit Pergigian PKU dan Bahagian Kesihatan Pergigian JKN Perlis telah mengadakan Program Kesihatan Pergigian Toddler bersama kanak-kanak di Taska dan Tadika Teacher Mira Taman Mewah Kangar.

Program lawatan kali pertama ini dikendalikan oleh Dr Shahida Najla binti Aziz (Pegawai Pergigian PKU), Dr Riwayati Suprobo (Pegawai Pergigian PKU) dan Cik Nur Dalila binti Zulkifli (Pembantu Perawatan Kesihatan PKU).

Pengisian program ini adalah ceramah kesihatan pergigian kanak-kanak oleh Dr Shahida, pemeriksaan pergigian dan sapuan florida oleh Dr Shahida dan Dr Riwayati, aktiviti mewarna, dan latihan memberus gigi kanak-kanak.

Facebook: Program Kesihatan Pergigian Toddler 2