Program Santuni MADANI
17 Jun 2025 | Program Santuni MADANI
Pada 17 Jun yang lalu. PKU telah mengadakan saringan kesihatan dan konsultasi kepada penduduk setempat melalui Program Santuni MADANI yang dijalankan di Kampung Telaga Nyiur Manis, Perlis.
Program anjuran Institut Kajian Strategik & Komuniti (IKSK) ini turut disertai oleh Pusat Sukan & Rekreasi, Pusat Kaunseling, dan Pusat TVET UniMAP.
Aktiviti kesihatan yang dijalankan oleh PKU adalah:
Pemeriksaan BMI, tekanan darah, dan ujian gula dan kolesterol dalam darah
Konsultasi kesihatan oleh Pegawai Perubatan PKU
Kaunseling ubatan oleh Pegawai Farmasi dan Pen. Peg. Farmasi PKU
Konsultasi oleh Jurupulih Perubatan PKU
Facebook: PROGRAM SANTUNI MADANI