UniMAP Health Centre UniMAP Health Centre
 
  • Home
  • About Us
    • Background
    • Vision and Mission
    • Client Charter
    • Objectives
    • Organisation Chart
    • Staff Directory
    • Operation Hours
    • SDG
    • Policy
    • 2024 Achievement
  • Services
    • Medical Department
    • Dental Department
    • Pharmacy Department
    • X-Ray Unit
    • Laboratory Unit
    • Physiotherapy Unit
    • Public Health Unit
    • Administration Office
  • Download
    • Forms
    • Archieve
  • News and Event
  • Gallery
    • Photos
    • Videos
  • Quick Links
    • Sitemap
    • Support Link
    • FAQ
    • Contact Us
  • Search

5 OKTOBER 2024 | PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PASUKAN TUNGGU SEDIA PERUBATAN PKU SEMPENA PENDAFTARAN PELAJAR BARU IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP SESI 2024/2025

Details
ksihatan logo
News and Event
06 October 2024
Hits: 95

PKU telah mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada waris dan pelajar yang hadir serta terlibat sebagai pasukan tunggu sedia perubatan semasa sesi pendaftaran pelajar baru Ijazah Sarjana Muda UniMAP sesi 2024/2025.

Pemeriksaan ini telah diadakan di Dewan Ilmu, Kampus UniMAP Pauh Putra. Seramai 13 orang staf PKU telah terlibat bagi menjalankan tugas ini.

Facebook:  PEMERIKSAAN KESIHATAN SEMPENA PENDAFTARAN PELAJAR BARU IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP SESI 2024/2025

Program USR PKU 2024 - "Merdekakan Diri: Kekal Sihat dan Aktif"

Details
ksihatan logo
News and Event
26 August 2024
Hits: 143

Pada hari Sabtu, 24 Ogos 2024 yang lalu, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Perlis dan Komuniti Madani Indera Kayangan Selatan telah mengadakan program tanggungjawab sosial universiti (USR) dengan tema "Merdekakan Diri: Kekal Sihat dan Aktif".

Program yang bertempat di Petronas Behor Gandil ini telah dijalankan dari jam 8.00 hingga 11.00 pagi. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mazli Hamdan, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis.Antara pengisian program yang dikendalikan oleh PKU adalah:

1. Aktiviti senamrobik
2. Pemeriksaan kesihatan dan pergigian
3. Konsultasi dan rawatan ringkas fisioterapi
4. Konsultasi ubat-ubatan
5. Demonstrasi pertolongan cemas dan cucian tangan
6. Jelajah Cegah Aedes

Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan pada program tersebut termasuklah jualan Madani FAMA, pertandingan basikal berhias merdeka, pertandingan mewarna, dan cabutan bertuah.

Facebook: USR PKU 2024

Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) - Merdekakan Diri: Kekal Sihat dan Aktif".

Details
ksihatan logo
News and Event
22 August 2024
Hits: 298

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Perlis dan Komuniti Madani Indera Kayangan Selatan akan mengadakan program tanggungjawab sosial universiti (USR) dengan tema "Merdekakan Diri: Kekal Sihat dan Aktif".

Program ini akan diadakan pada hari Sabtu, 24 Ogos 2024, bertempat di Petronas Behor Gandil, dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Pelbagai aktiviti kesihatan percuma akan diadakan di program tersebut.

Jom sama-sama sertai kami!

 

Facebook: USR - Merdekakan Diri: Kekal Sihat dan Aktif

5 Ogos 2024 | Majlis Pra Penyerahan Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

Details
ksihatan logo
News and Event
05 August 2024
Hits: 176

Majlis Pra Penyerahan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah diadakan pada hari Isnin, 5 Ogos 2024. Simbolik pra penyerahan melibatkan serahan daripada syarikat kontraktor, Syarikat Takdir Permai (M) Sdn. Bhd., Haji Zainuddin Mahmud kepada Jurutera Awam Kanan JKR, Puan Noorafniza Hanim Che Jamin mewakili Pengarah JKR Perlis, dan diikuti serahan oleh wakil JKR kepada Naib Canselor UniMAP, Prof. Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli yang mewakili UniMAP.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Naib Canselor UniMAP, pegawai-pegawai utama universiti, Pemangku Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Shareez Sani Abdullah Sani, dan ketua-ketua unit PKU.

Instagram: Majlis Pra Penyerahan Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

20 JULAI 2024 | PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PASUKAN TUNGGU SEDIA PERUBATAN PKU SEMPENA PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIPLOMA SESI 2024/2025

Details
ksihatan logo
News and Event
20 July 2024
Hits: 133

PKU telah sama-sama terlibat dalam sesi pendaftaran pelajar baru pelajar diploma UniMAP sesi 2024/2025 dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada waris yang hadir serta terlibat sebagai pasukan tunggu sedia perubatan.

Pemeriksaan ini diadakan di Pusat GIG Ekonomi UniMAP di Ruang Kafeteria Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah.

Seramai 6 orang staf PKU telah terlibat bagi menjalankan tugas ini.

Facebook: MSK Diploma 2024/2025

More Articles …

  1. 19 JULAI 2024 | SARINGAN KESIHATAN KEDUA PROGRAM IFitEr UniMAP 2024
  2. 13 Julai 2024 | Program Semarak Siswa Madani di Masjid Al-Ihsan, Kampung Darat, Beseri
  3. 30 JUN 2024 | Program "One Hour Malaysia Clean-up" COMBI @ UniMAP 2024
  4. 9 JUN 2024 | HARI KESIHATAN UniMAP 2024 KERJASAMA KELAB RAKAN SIHAT PKU DAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Page 2 of 7
  • Start
  • Prev
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • Next
  • End

Joomla Template by ThemeXpert