Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah bekerjasama dengan Pusat Kaunseling (PUSKA), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), dan Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dalam penganjuran Program Walk For Heal sempena Majlis Perasmian Penutup Bulan Kaunseling Kebangsaan 2024 peringkat UniMAP.
Program ini telah disertai oleh seramai lebih kurang 150 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar UniMAP. Program ini bermula dari jam 7.30 pagi dan tamat pada jam 10.00 pagi. PKU juga telah membuka booth saringan awal kesihatan mental dalam program pada kali ini.
Diharapkan program ini memberi kesedaran akan kepentingan penjagaan kesihatan mental dan emosi kepada setiap individu.
Facebook: Walk for Heal