PKU dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis & Kelab Rakan Sihat PKU telah mengadakan program "Generasi Zero AIDS - Seminar Jalan Santai HIV, AIDS & STD" sempena Hari Kesedaran HIV & AIDS UniMAP 2024 pada hari Ahad yang lalu.
Antara pengisian program ini adalah aktiviti senamrobik, Fun Walk Challenge, ceramah kesihatan bertajuk "HIV & STD: Wajarkah Kita Takut?", dan Saringan HIV Tanpa Nama.
Program ini bertempat di Dewan Kuliah 6 dan telah dirasmikan oleh Dr Rohemi bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Unit AIDS/STD/STI Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Turut hadir adalah Dr Faizah binti Othman, Pengarah PKU.
Facebook: PROGRAM "GENERASI ZERO AIDS - SEMINAR JALAN SANTAI HIV, AIDS & STD"