Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UniMAP dengan kerjasama Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Kangar dan Kelab Rakan Sihat UniMAP telah menganjurkan program One Hour Malaysia Clean-Up COMBI @ UniMAP di Kolej Kediaman Uniciti Alam, pada hari Ahad, 25/5/2025.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah seperti aktiviti 'Cari dan Musnah' tempat pembiakan jentik-jentik serta pertandingan Video TikTok terbaik.

Turut hadir ke program ini adalah En Munirhasman, PPKP Kanan daripada Unit Vektor PKD Kangar dan Dr Vijayasarveswari, Penolong Pengetua Kolej Kediaman UniCITI Alam.

Diharapkan semoga program ini dapat menambah pengetahuan peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan persekitaran dan seterusnya membentuk komuniti bebas denggi.

Tiada Aedes, Tiada Denggi!

 

Facebook: One Hour Malaysia Clean-Up COMBI @ UniMAP