Pada 7 Mei 2025 yang lalu, Unit Pergigian Pusat Kesihatan UniMAP (PKU) bersama Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKN) telah mengadakan Program Kesihatan Pergigian Toddler (Lawatan Pertama) di Taska Teacher Mira, Kangar.

Wakil unit pergigian yang terlibat ialah Pegawai Pergigian PKU, Dr Shahida Najla Aziz, bersama Pembantu Pembedahan Pergigian, Cik Munirah Mokhtar. Manakala wakil dari Bahagian Pergigian, JKN terdiri daripada pasukan KP Kangar.

Pengisian Program:

- Ceramah Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak

- Latihan Memberus Gigi (LMG)

- Permainan Interaktif

- Pemeriksaan Pergigian & Sapuan Florida

Terima kasih diucapkan kepada pihak Taska & KP Kangar atas jemputan ini.

 

Facebook: Program Kesihatan Pergigian Toddler PKU