UniMAP Health Centre UniMAP Health Centre
 
  • Home
  • About Us
    • Background
    • Vision and Mission
    • Client Charter
    • Objectives
    • Organisation Chart
    • Staff Directory
    • Operation Hours
    • SDG
    • Policy
    • 2024 Achievement
  • Services
    • Medical Department
    • Dental Department
    • Pharmacy Department
    • X-Ray Unit
    • Laboratory Unit
    • Physiotherapy Unit
    • Public Health Unit
    • Administration Office
  • Download
    • Forms
    • Archieve
  • News and Event
  • Gallery
    • Photos
    • Videos
  • Quick Links
    • Sitemap
    • Support Link
    • FAQ
    • Contact Us
  • Search

19 JULAI 2024 | SARINGAN KESIHATAN KEDUA PROGRAM IFitEr UniMAP 2024

Details
ksihatan logo
News and Event
19 July 2024
Hits: 147

Saringan kesihatan kedua bagi program IFitEr UniMAP 2024 telah diadakan di Ruang Makan, Tingkat 2, Bangunan Canselori pada hari Jumaat yang lalu.

Aktiviti lain yang turut diadakan adalah ujian kecergasan peserta, dan ceramah kesihatan bertajuk "Cergaskan Diri, Kekalkan Penurunan Berat badan yang Sihat dan Selamat" oleh Dr Azura binti Kamaruddin, Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Rekreasi, UiTM Perlis.

Facebook: IFitEr Saringan Kedua

13 Julai 2024 | Program Semarak Siswa Madani di Masjid Al-Ihsan, Kampung Darat, Beseri

Details
ksihatan logo
News and Event
13 July 2024
Hits: 136

PKU telah bekerjasama mengadakan pemeriksaan kesihatan kepada komuniti setempat dalam Program Semarak Siswa Madani di Masjid Al-Ihsan, Kampung Darat, Beseri pada hari Sabtu yang lalu.

Program ini merupakan anjuran Persatuan Anak Muda Jati Perlis (AMJP) UniMAP, Sekretariat Rukun Negara (SRN) UniMAP, bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP). Antara aktiviti bersama komuniti setempat lain yang telah diadakan termasuklah gotong-royong komuniti, perkhidmatan menggunting rambut, dan penukaran minyak hitam motosikal secara percuma.

Turut hadir ke program tersebut adalah Prof Dato' Ts Dr Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP, Tuan Haji Ruzaini Rais, PM Ir Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh, Pengarah JHEP, dan Dr Shareez Sani Abdullah Sani, Pemangku Pengarah PKU.

Facebook: SUKA @ UniMAP Kampung Darat

30 JUN 2024 | Program "One Hour Malaysia Clean-up" COMBI @ UniMAP 2024

Details
ksihatan logo
News and Event
01 July 2024
Hits: 290

Pusat Kesihatan Universiti UniMAP dengan kerjasama Kelab Rakan Sihat PKU telah menganjurkan program One Hour Malaysia Clean-up @ UniMAP 2024 yang bertempat di Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Pauh Putra.

Program ini juga adalah program kerjasama dengan Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor dan Unit Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kangar.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran serta menambah pengetahuan para peserta tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dalam mengekang pembiakan nyamuk Aedes dan mengurangkan risiko penyakit demam denggi.

Seramai 104 orang peserta telah menghadiri program ini. Program telah dimulakan dengan ceramah Bahaya Demam Denggi oleh Dr Ku Mohd Saifullah Bin Ku Ismail, Pegawai Epidemiologi PKD Kangar. Seterusnya, aktiviti Cari dan Musnah telah dijalankan yang dipimpin oleh petugas-petugas dari PKD Kangar.

Program diakhiri dengan perasmian penutup oleh Dr Ahmad Zulhafizi Bin Azmi, Ketua Unit Kesihatan Awam PKU.

Diharapkan para peserta mendapat ilmu dan manfaat daripada program yang telah dijalankan.

Facebook: "One Hour Malaysia Clean-up" @ UniMAP 2024

 

9 JUN 2024 | HARI KESIHATAN UniMAP 2024 KERJASAMA KELAB RAKAN SIHAT PKU DAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

Details
ksihatan logo
News and Event
09 June 2024
Hits: 179

Kelab Rakan Sihat PKU (KRS) dengan kerjasama PKU telah mengadakan sambutan Hari Kesihatan UniMAP 2024. Program ini telah berlangsung di Kompleks Dewan Kuliah Kampus Pauh Putra dan melibatkan penglibatan seramai lebih kurang 250 orang pelajar.

Antara pengisian yang dikendalikan oleh PKU adalah ceramah kesihatan mental yang disampaikan oleh Dr Noradina binti Nordin (Pegawai Perubatan PKU), Encik Muhammad Aliff Firdaus bin Mohd Ashri dan Encik Muhammad Afiq Afsar bin Ab Khaderi (Kaunselor Pelatih PUSKA), dan Prof Madya Ts Dr Anas bin Abdul Rahman (FKTM).

PKU juga mengadakan booth kesihatan, iaitu pemeriksaan tekanan darah, BMI, ujian gula dan kolesterol dalam darah, serta konsultasi berhenti merokok.

Di samping itu, melalui kerjasama PKU dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, suntikan HPV secara percuma telah diberikan kepada pelajar, staf, dan tanggungan staf wanita yang berusia antara 18-25 tahun.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang acara galah panjang dan Explorace kendalian KRS telah disempurnakan oleh Dr Noradina binti Nordin, mewakili Pemangku Pengarah PKU.

Facebook: HARI KESIHATAN UniMAP 2024

SAMBUTAN HARI KESIHATAN UniMAP 2024

Details
ksihatan logo
News and Event
04 June 2024
Hits: 142

Assalamualaikum WBT and Salam Sejahtera, Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP.

Kelab Rakan Sihat dengan kerjasama PKU dengan sukacitanya ingin menjemput semua pelajar Universiti Malaysia Perlis untuk memeriahkan Sambutan Hari Kesihatan UniMAP 2024 yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 9 Jun 2024
Masa : 7.00 pagi - 2.30 petang
Lokasi : Kompleks Dewan Kuliah Kampus Pauh Putra

Berikut adalah program menarik yang menanti anda semua :

- Ceramah Kesihatan Mental
- Pameran Kesihatan
- Permainan Galah Panjang
- Explorace

Pillars 4 diberikan 
Makanan tengahari disediakan 
Hadiah menarik disediakan 
Pengangkutan disediakan 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila berurusan dengan PIC berikut :
011-1115 9643 (Syarif)
010-972 0091 (Sylviya)

#UniMAPMantap
#KelabRakanSihat

Facebook: SAMBUTAN HARI KESIHATAN UniMAP 2024

More Articles …

  1. 28 MEI 2024 | PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN TODDLER PUSAT KESIHATAN UNIMAP BERSAMA BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN, JABATAN KESIHATAN NEGERI PERLIS
  2. 16 MEI 2024 | LAWATAN KERJA PENGARAH KANAN KESIHATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DAN BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN JKN PERLIS KE UNIT PERGIGIAN PUSAT KESIHATAN UniMAP
  3. 13 - 14 MEI 2024 | MESYUARAT MAJLIS KESIHATAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA (MAKESUM) BIL. 2/2024 DAN KUNJUNGAN HORMAT MAKESUM KE JABATAN PENDIDIKAN TINGGI (JPT), KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)
  4. 11 - 12 MEI 2024 | SEMINAR PENGURUSAN KES DENGGI ZON UTARA 2024
Page 3 of 7
  • Start
  • Prev
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • Next
  • End

Joomla Template by ThemeXpert