Pada hari Sabtu, 24 Ogos 2024 yang lalu, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Perlis dan Komuniti Madani Indera Kayangan Selatan telah mengadakan program tanggungjawab sosial universiti (USR) dengan tema "Merdekakan Diri: Kekal Sihat dan Aktif".
Program yang bertempat di Petronas Behor Gandil ini telah dijalankan dari jam 8.00 hingga 11.00 pagi. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mazli Hamdan, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis.Antara pengisian program yang dikendalikan oleh PKU adalah:
1. Aktiviti senamrobik
2. Pemeriksaan kesihatan dan pergigian
3. Konsultasi dan rawatan ringkas fisioterapi
4. Konsultasi ubat-ubatan
5. Demonstrasi pertolongan cemas dan cucian tangan
6. Jelajah Cegah Aedes
Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan pada program tersebut termasuklah jualan Madani FAMA, pertandingan basikal berhias merdeka, pertandingan mewarna, dan cabutan bertuah.
Facebook: USR PKU 2024