UniMAP Health Centre UniMAP Health Centre
 
  • Home
  • About Us
    • Background
    • Vision and Mission
    • Client Charter
    • Objectives
    • Organisation Chart
    • Staff Directory
    • Operation Hours
    • SDG
    • Policy
    • 2024 Achievement
  • Services
    • Medical Department
    • Dental Department
    • Pharmacy Department
    • X-Ray Unit
    • Laboratory Unit
    • Physiotherapy Unit
    • Public Health Unit
    • Administration Office
  • Download
    • Forms
    • Archieve
  • News and Event
  • Gallery
    • Photos
    • Videos
  • Quick Links
    • Sitemap
    • Support Link
    • FAQ
    • Contact Us
  • Search

25 APRIL 2024 | SESI SENAMAN DAN LATIHAN MINGGUAN PROGRAM IFitEr 2024

Details
ksihatan logo
News and Event
25 April 2024
Hits: 117
Sorotan gambar sesi senaman dan latihan mingguan minggu pertama bagi peserta program IFitEr bersama En Rasid, jurulatih daripada Pusat Sukan & Rekreasi UniMAP.
 
Program IFitER merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu masyarakat yang menghadapi masalah berat badan berlebihan dan obesiti. Di peringkat UniMAP, program ini dianjurkan oleh PKU dengan kerjasama JKN Perlis dan Pusat Sukan & Rekreasi UniMAP. Program yang dianjurkan di UniMAP buat julung kali pada tahun ini kini disertai oleh seramai 40 orang peserta.
 
Komitmen semua peserta pada latihan amat minggu ini amat memberangsangkan. Diharapkan semua peserta akan dapat mengekalkan motivasi dan komitmen mereka sehingga ke akhir program ini bagi mencapai target penurunan berat badan mereka.
 
Instagram: iFitEr Minggu 1

25 APRIL 2024 | PROGRAM CERAMAH KESIHATAN, SAKIT BELAKANG: GEJALA, PUNCA DAN RAWATANNYA

Details
ksihatan logo
News and Event
25 April 2024
Hits: 117
PKU telah mengadakan program ceramah kesihatan sempena Hari Kesihatan Sedunia yang bertajuk Sakit Belakang: Gejala, Punca dan Rawatannya.
 
Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr Taran Singh Pall Singh, Pakar Pembedahan Ortopedik dari Hospital Pakar KPJ Perlis. Program ini telah berlangsung di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP dan disertai oleh pelajar dan staf UniMAP.
 
Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan global dan memberikan perhatian terhadap isu utama kesihatan semasa. Hari Kesihatan Sedunia diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan telah mula disambut sejak tahun 1950.
 
Facebook: Ceramah kesihatan Sakit Belakang

18 April 2024 | Pelancaran Program I Fit and Eat Right (IFitEr) 2024

Details
ksihatan logo
News and Event
18 April 2024
Hits: 169
Program I Fit and Eat Right (IFitEr) 2024, kerjasama PKU UniMAP, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKN Perlis) dan Pusat Sukan & Rekreasi UniMAP (PSR) telah dilancarkan pada hari ini bertempat di Dewan Makan Aras 2, Bangunan Canselori UniMAP.
 
Program ini akan berlangsung selama 6 bulan sehingga Oktober 2024. Seramai 40 orang peserta telah mendaftar untuk menyertai program pada tahun ini.
 
Antara pengisian semasa majlis pelancaran ini adalah saringan kesihatan peserta yang dijalankan oleh staf PKU, taklimat pengenalan program dan taklimat pemakanan oleh JKN Perlis, dan taklimat rangka senaman program oleh PSR.
 
Facebook: IFitEr 2024

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM CERAMAH KESIHATAN SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA BERTAJUK "SAKIT BELAKANG: GEJALA, PUNCA DAN RAWATANNYA" ANJURAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU)

Details
ksihatan logo
News and Event
18 April 2024
Hits: 119
Sukacita dimaklumkan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) akan menganjurkan Program Ceramah Kesihatan sempena Hari Kesihatan Sedunia yang bertajuk "Sakit Belakang: Gejala, Punca dan Rawatannya seperti butiran berikut:
 
Tarikh : 25 April 2024 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP Pauh Putra.
 
Sehubungan itu, staf dan pelajar dijemput untuk menyertai program ini dengan mengisi google form yang disediakan. Kehadiran pelajar akan dikira sebagai Pillars 3 manakala kehadiran staf akan dikira sebagai satu (1) hari kehadiran berkursus.
 
Pautan pendaftaran : https://forms.gle/AvpPubrqEjgn9MAe9
 
Poster dan facebook: Sakit Belakang

3 April 2024 | Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Toddler untuk Tahun 2024

Details
ksihatan logo
News and Event
03 April 2024
Hits: 110
PKU UniMAP, yang diwakili oleh Pemangku Pengarah PKU, Dr Shareez Sani bin Abdullah Sani telah menandatangani MoU bagi kolaborasi PKU bersama Bahagian Kesihatan Pergigian JKN Perlis untuk perkhidmatan kesihatan pergigian toddler tahun 2024.
 
Turut serta dalam majlis tersebut ialah Dr Shahida Najla binti Aziz, Ketua Unit Pergigian PKU.
 
Facebook: MoU Pergigian

More Articles …

  1. 23 Mac 2024 | Majlis Iftar Jamaie UniMAP Hari ke-7 & Program Semarak Ramadan KPT @ UniMAP
  2. 19 Mac 2024 | Wacana Kesihatan: Ramadan Membawa Sinar Perubahan
  3. Aktiviti Imarah Ramadan PKU 1445H/ 2024M
  4. JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM IHYA RAMADAN 2024 BERTAJUK WACANA KESIHATAN : RAMADAN MEMBAWA SINAR PERUBAHAN ANJURAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU) DENGAN KERJASAMA PUSAT ISLAM DAN PEMBANGUNAN INSAN (PIMPIN)
Page 5 of 7
  • Start
  • Prev
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • Next
  • End

Joomla Template by ThemeXpert