Pusat Kesihatan Universiti UniMAP dengan kerjasama Kelab Rakan Sihat PKU telah menganjurkan program One Hour Malaysia Clean-up @ UniMAP 2024 yang bertempat di Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Pauh Putra.
Program ini juga adalah program kerjasama dengan Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor dan Unit Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kangar.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran serta menambah pengetahuan para peserta tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dalam mengekang pembiakan nyamuk Aedes dan mengurangkan risiko penyakit demam denggi.
Seramai 104 orang peserta telah menghadiri program ini. Program telah dimulakan dengan ceramah Bahaya Demam Denggi oleh Dr Ku Mohd Saifullah Bin Ku Ismail, Pegawai Epidemiologi PKD Kangar. Seterusnya, aktiviti Cari dan Musnah telah dijalankan yang dipimpin oleh petugas-petugas dari PKD Kangar.
Program diakhiri dengan perasmian penutup oleh Dr Ahmad Zulhafizi Bin Azmi, Ketua Unit Kesihatan Awam PKU.
Diharapkan para peserta mendapat ilmu dan manfaat daripada program yang telah dijalankan.
Facebook: "One Hour Malaysia Clean-up" @ UniMAP 2024