PKU telah bekerjasama mengadakan pemeriksaan kesihatan kepada komuniti setempat dalam Program Semarak Siswa Madani di Masjid Al-Ihsan, Kampung Darat, Beseri pada hari Sabtu yang lalu.

Program ini merupakan anjuran Persatuan Anak Muda Jati Perlis (AMJP) UniMAP, Sekretariat Rukun Negara (SRN) UniMAP, bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP). Antara aktiviti bersama komuniti setempat lain yang telah diadakan termasuklah gotong-royong komuniti, perkhidmatan menggunting rambut, dan penukaran minyak hitam motosikal secara percuma.

Turut hadir ke program tersebut adalah Prof Dato' Ts Dr Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP, Tuan Haji Ruzaini Rais, PM Ir Dr Mohd Arif Anuar Mohd Salleh, Pengarah JHEP, dan Dr Shareez Sani Abdullah Sani, Pemangku Pengarah PKU.

Facebook: SUKA @ UniMAP Kampung Darat