Kelab Rakan Sihat PKU (KRS) dengan kerjasama PKU telah mengadakan sambutan Hari Kesihatan UniMAP 2024. Program ini telah berlangsung di Kompleks Dewan Kuliah Kampus Pauh Putra dan melibatkan penglibatan seramai lebih kurang 250 orang pelajar.
Antara pengisian yang dikendalikan oleh PKU adalah ceramah kesihatan mental yang disampaikan oleh Dr Noradina binti Nordin (Pegawai Perubatan PKU), Encik Muhammad Aliff Firdaus bin Mohd Ashri dan Encik Muhammad Afiq Afsar bin Ab Khaderi (Kaunselor Pelatih PUSKA), dan Prof Madya Ts Dr Anas bin Abdul Rahman (FKTM).
PKU juga mengadakan booth kesihatan, iaitu pemeriksaan tekanan darah, BMI, ujian gula dan kolesterol dalam darah, serta konsultasi berhenti merokok.
Di samping itu, melalui kerjasama PKU dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, suntikan HPV secara percuma telah diberikan kepada pelajar, staf, dan tanggungan staf wanita yang berusia antara 18-25 tahun.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang acara galah panjang dan Explorace kendalian KRS telah disempurnakan oleh Dr Noradina binti Nordin, mewakili Pemangku Pengarah PKU.
Facebook: HARI KESIHATAN UniMAP 2024