Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Universiti Malaysia Perlis dan Pertubuhan Pendidikan Perubatan Lepasan Ijazah Negeri Perlis telah berkolaborasi untuk mengadakan Seminar Pengurusan Kes Denggi Zon Utara pada 11 dan 12 Mei yang lalu.
 
Seminar yang berlangsung di Dewan Kuliah UniMAP ini telah dikendalikan oleh Dengue Champion Team daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL). Antara barisan penceramah termasuk Datuk Dr Mahathar Abdul Wahab (Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Perubatan Kecemasan dan Trauma HKL), Dr Hidayah Syafie (Pakar Perunding Perubatan Kecemasan dan Trauma HKL), Dr Muhd Khairi Othman (Pakar Perunding Pediatrik, Jabatan Pediatrik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar), Pakar-pakar Perubatan Kecemasan, Pegawai Perubatan serta Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL.
 
Seminar ini telah disertai oleh seramai 362 orang peserta daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang. Majlis perasmian dan penutup telah disempurnakan oleh Dr Hamizar Iqbal Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit JKN Perlis, mewakili Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.