Sorotan gambar sekitar mesyuarat MAKESUM Bil. 2/2024 dan kunjungan hormat MAKESUM ke JPT, KPT yang telah dihadiri oleh Pemangku Pengarah PKU, Dr Shareez Sani bin Abdullah Sani.

MAKESUM merupakan sebuah majlis yang menggabungkan 20 buah Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Awam Malaysia. MAKESUM telah dilancarkan pada 14 April 2019 dengan tujuan memberi perkhidmatan kesihatan yang komprehensif bagi memastikan pelajar dan warga kampus Universiti Awam (UA) sihat dan lestari melalui pemerkasaan diri.

MAKESUM juga bertanggungjawab untuk mengadakan program promosi dan pencegahan penyakit bagi mengurangkan risiko penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Majlis ini juga bertindak sebagai rakan strategik bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi kesihatan lain bagi menangani masalah kesihatan negara di peringkat UA melalui penyaluran maklumat dan kerjasama program kesihatan.

Mesyuarat MAKESUM telah dipengerusikan oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Al-Khalid bin Hj Othman, Pengerusi MAKESUM yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Sarawak. Salah satu agenda semasa kunjungan hormat MAKESUM ke JPT, KPT adalah pembentangan struktur tadbir urus dan pelan tindakan MAKESUM 2003-2005.

Facebook: Mesyuarat MAKESUM BIL. 2/2024