Unit Pergigian PKU dan Bahagian Kesihatan Pergigian JKN Perlis telah mengadakan Program Kesihatan Pergigian Toddler bersama seramai 20 orang kanak-kanak di Taska Dunia Si Cilik UniMAP.

Program ini dikendalikan oleh Dr Shahida Najla binti Aziz (Pegawai Pergigian PKU) dan Puan Noor Khalbiah binti Ismail (Pembantu Perawatan Kesihatan PKU) bersama-sama Pegawai Pergigian daripada Bahagian Kesihatan Pergigian JKN, serta Pegawai Pergigian, Jururawat Pergigian dan Pembantu Perawatan Kesihatan daripada Klinik Pergigian Kuala Sanglang.

Pengisian program ini adalah ceramah kesihatan pergigian kanak-kanak serta pemeriksaan pergigian dan sapuan florida oleh Dr Shahida Najla, dan latihan memberus gigi kanak-kanak oleh Jururawat Pergigian.

Facebook: Program Kesihatan Pergigian Toddler