Majlis Pra Penyerahan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah diadakan pada hari Isnin, 5 Ogos 2024. Simbolik pra penyerahan melibatkan serahan daripada syarikat kontraktor, Syarikat Takdir Permai (M) Sdn. Bhd., Haji Zainuddin Mahmud kepada Jurutera Awam Kanan JKR, Puan Noorafniza Hanim Che Jamin mewakili Pengarah JKR Perlis, dan diikuti serahan oleh wakil JKR kepada Naib Canselor UniMAP, Prof. Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli yang mewakili UniMAP.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Naib Canselor UniMAP, pegawai-pegawai utama universiti, Pemangku Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Shareez Sani Abdullah Sani, dan ketua-ketua unit PKU.

Instagram: Majlis Pra Penyerahan Pusat Kesihatan Universiti (PKU)