Seramai 12 orang staf PKU telah menyumbang masa dan tenaga dalam persiapan memasak semasa Majlis Iftar Jamaie UniMAP 1445H / 2024M pada 15 Mac 2024 yang lalu bersama warga Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UniMAP.
 
PKU juga telah mengadakan program tadarus Al-Quran di peringkat PTj pada hari yang sama sempena Sambutan Ihya' Ramadan Peringkat UniMAP 1445H/ 2024M.
 
Penglibatan staf PKU ini menunjukkan komitmen dan sokongan PKU terhadap program-program yang dilaksanakan di UniMAP. Ini juga melambangkan kebersamaan PKU dalam semua aktiviti Universiti.