Program I Fit and Eat Right (IFitEr) 2024, kerjasama PKU UniMAP, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKN Perlis) dan Pusat Sukan & Rekreasi UniMAP (PSR) telah dilancarkan pada hari ini bertempat di Dewan Makan Aras 2, Bangunan Canselori UniMAP.
 
Program ini akan berlangsung selama 6 bulan sehingga Oktober 2024. Seramai 40 orang peserta telah mendaftar untuk menyertai program pada tahun ini.
 
Antara pengisian semasa majlis pelancaran ini adalah saringan kesihatan peserta yang dijalankan oleh staf PKU, taklimat pengenalan program dan taklimat pemakanan oleh JKN Perlis, dan taklimat rangka senaman program oleh PSR.
 
Facebook: IFitEr 2024