PKU telah mengadakan program ceramah kesihatan sempena Hari Kesihatan Sedunia yang bertajuk Sakit Belakang: Gejala, Punca dan Rawatannya.
 
Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr Taran Singh Pall Singh, Pakar Pembedahan Ortopedik dari Hospital Pakar KPJ Perlis. Program ini telah berlangsung di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP dan disertai oleh pelajar dan staf UniMAP.
 
Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan global dan memberikan perhatian terhadap isu utama kesihatan semasa. Hari Kesihatan Sedunia diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan telah mula disambut sejak tahun 1950.