Kakitangan Perubatan Pusat Kesihatan Universiti telah menerima jemputan daripada PALAPES UniMAP untuk memberikan kursus asas pertolongan cemas, CPR dan taklimat berkaitan strok haba kepada Pegawai, Jurulatih, serta Pegawai Kadet PALAPES UniMAP sempena Latihan Kem Tahunan PALAPES UniMAP 2023/2024.
 
Kursus ini telah berlangsung di Dewan Kuliah Kampus Pauh Putra dan melibatkan penyertaan seramai 245 orang.