Seramai 38 orang staf PKU terlibat dalam Program KOSPEN WOW Pusat Kesihatan Universiti UniMAP 2024 yang berlangsung mulai 21 - 29 Februari 2024.
 
Program KOSPEN WOW adalah merupakan program intervensi faktor risiko untuk membentuk amalan budaya hidup secara sihat dalam kalangan majikan dan pekerja. Ia dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit (Non-communicable disease, NCD) serta faktor risiko yang berkaitan.
 
PKU komited dalam menjalankan program ini sejak tahun 2019 bagi memastikan kesihatan staf PKU berada pada tahap yang baik agar mereka berupaya untuk memberikan perkhidmatan klinikal yang berkualiti kepada seluruh warga UniMAP.
 
 
Facebook: KOSPEN WOW PKU
Maklumat lanjut program KOSPEN WOW: Portal Rasmi KOSPEN WOW