PKU dengan amat berbesar hati telah menerima kunjungan dan lawatan penanda aras daripada seramai 7 orang staf dari Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA. Kunjungan ini telah diketuai oleh Dr Yusmina binti Mohd Yusof, Timbalan Pengarah (Bahagian Kesihatan Pelajar), Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar UniSZA.
 
Lawatan ini mencerminkan komitmen Pusat Kesihatan Universiti institut pengajian tinggi untuk saling berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan kepada warga Universiti.