Pada 8 Mac 2024 yang lalu, PKU telah mengadakan lawatan penanda aras bersama Pusat Sejahtera USM dan Pusat Kesihatan Universiti UPM, bertempat di USM Pulau Pinang.
 
Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari cara pengurusan klinik panel dan juga melihat sistem digital yang diguna pakai oleh Pusat Sejahtera USM.
 
Lawatan ini disertai oleh Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Penolong Pegawai Farmasi, Pegawai Tadbir PKU dan wakil Pendaftar UniMAP.