Staf PKU telah menjalani kursus dan latihan Basic Life Support (BLS) bertempat di Dewan Seri Cemerlang 2 pada hari 9-10 Mac yang lalu. Kursus ini telah dikendalikan oleh anggota perubatan daripada Jabatan Kecemasan, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Objektif Kursus:
- Memberi latihan asas, pendedahan dan mengajar teknik dan tindakan yang betul untuk “Basic Life Support” kepada semua kakitangan PKU
- Melahirkan kakitangan yang kompeten, berilmu dan berkemahiran bagi melestarikan perkhidmatan yang berkualiti
- Mempelajari tatacara CPR dewasa dan kanak-kanak yang komprehensif dan terkini
- Mengetahui cara-cara pengendalian pesakit “Choking” (tercekik)
Kesemua staf PKU yang menghadiri kursus ini telah lulus ujian pensijilan dengan jayanya.
Facebook: Kursus Basic Life Support (BLS)